A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kunjungan Hormat Kementerian Agama Sulawesi Tenggara

Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menerima satu kunjungan hormat daripada Kementerian Agama Sulawesi Tenggara pada 25 Januari 2017 yang lalu dalam rangka jalinan silaturrahim dan meningkatkan kerjasama antara Kementerian Agama Sulawesi Tenggara - Indonesia dan Jabatan Mufti Negeri Selangor terutama dalam bidang pendidikan dan pengelolaan zakat.

 photo 2017 01 31 14 33 58  photo 2017 01 31 14 34 14

Kunjungan hormat daripada Kementerian Agama Sulawesi Tenggara yang terdiri seramai 24 orang ini turut sama dihadiri oleh wakil dari Bahagian Pengurusan Hartanah (Majlis Agama Islam Selangor), Bahagian Pendidikan (Jabatan Agama Islam Selangor), Bahagian Agihan dan Kutipan Zakat (Lembaga Zakat Selangor) dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Taklimat berkenaan kutipan dan agihan zakat turut dikongsikan kepada delegasi yang hadir.

photo 2017 01 31 14 34 11