A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Taklimat Keselamatan Jalan Raya oleh JKJR Selangor

Taklimat Keselamatan Jalan Raya anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Selangor telah diadakan pada 13 Januari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Mahmud Zohdi, Jabatan Mufti Negeri Selangor yang disampaikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor (Pengarah JKJR Selangor) dan dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Di antara intipati taklimat adalah tips pemanduan berhemah, kesedaran berkenaan punca kemalangan maut yang melibatkan penunggang motorsikal dan penerangan berkenaan pemakaian topi keledar yang selamat.

1     5
Di antara kakitangan yang hadir ke sesi Taklimat Keselamatan Jalan Raya.
 
      3     2
Penyampaian topi keledar dewasa dan kanak-kanak oleh S.S. Dato' Mufti Selangor kepada kakitangan bertuah.