Program Sehari Bersama Falak (SBF 2016) yang dianjurkan pada kali ini adalah bertempat di Baitul Hilal Bukit Malawati, Kuala Selangor. Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang ilmu falak kepada orang awam. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti aktiviti Jom Teropong Angkasa, Pameran Falak, Ceramah ilmu Falak kepada umum, Slot acara kuiz terbuka, tayangan slide video Falak dan Edaran risalah Falak. Program ini bermula pada jam 11.00 pagi dan diakhiri dengan aktiviti cerapan bulanan/tidak rasmi (Rabiul Akhir 1437H) pada jam 8.00 malam.