Pada tanggal 22 Disember 2014 bersamaaan 29 Safar 1436H, Jabatan Mufti Selangor dengan kerjasama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melaksanakan Program Cerapan Hilal Rabiul Awwal 1436H di Menara Kuala Lumpur. Berdasarkan hisab, hilal telah menepati Syarat Kriteria Imkanur Rukyah. Walaubagaimanapun ketika Cerapan dijalankan, hilal tidak dapat dilihat kerana cuaca mendung dan gerimis. Jesteru 1 Rabiul Awwal 1436H ditetapkan pada 23 Disember 2014 (Selasa).