• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Laporan Cerapan Hilal Rajab 1437H

- Cerapan Hilal Rajab 1437H Hijrah telah dilaksanakan pada 30 Jumadal Akhirah 1437H (8 April 2016) di Baitul Hilal Bukit Jugra Kuala Langat.

- Umur dan data bulan ketika itu seperti berikut:

  1. Kenampakan Hilal                                   : Ya
  2. Jam Kenampakan Hilal                            : 7.32 malam
  3. Azimuth hilal ketika hilal kelihatan            : 278° 56’ 11’’
  4. Altitut Hilal ketika kelihatan                      : 12° 05’ 09’’
  5. Kedudukan hilal                                      : Kanan Matahari

- Seramai lebih kurang 20 orang pencerap yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Mufti Negeri Selangor turun hadir pada tarikh tersebut.

- Lebih kurang jam 5 petang persiapan dijalankan bagi kerja-kerja sebelum menjalankan aktiviti cerapan dan sekitar jam 5.45 petang aktiviti mencerap hilal Rajab dijalankan oleh anggota JUPEM dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

- Lebih kurang jam 7.45 malam aktiviti cerapan berakhir dan aktiviti solat Jemaah dilaksanakan serta majlis bersurai.

- Berikut gambar – gambar sepanjang program dijalankan:

rajab 1437

Kakitangan JUPEM menjalankan aktiviti cerapan Hila Rajab 1437H

 

rajab 1437 2

 

Imej Hial Rajab yang dirakam sekitar jam 7:32 malam