A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Majlis Rukyah Hilal Zulhijjah 1436H

Majlis cerapan hilal Zulhijjah telah diadakan pada 29 Zulqa’dah 1436H bersamaam 13 September 2015 bertempat di tiga lokasi iaitu Baitul Hilal Bukit Jugra, Baitul Hilal Bukit Malawati dan Balai Cerap Selangor. Rukyah pada kali ini telah diketuai oleh SS Dato’ Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abd Wahid, Mufti Negeri Selangor berserta ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik.

zulhijjah1

Prof. Dato’ Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin memberikan taklimat kedudukan bulan dan matahari

 

Keputusan cerapan hilal pada hari tersebut adalah hilal Zulhijjah tidak kelihatan di ketiga-tiga lokasi cerapan serta di seluruh Malaysia. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah mengisyhtiharkan 1 Zulhijjah jatuh pada 15 September 2015 dan Hari Raya Korban adalah pada 24 Zulhijjah 2015.

 

                         zulhijjah2  zulhijjah3

Peralatan yang digunakan ketika rukyah dan situasi ketika rukyah dijalankan

zulhijjah4

Keadaan cuaca yang berjerebu ketika rukyah dilaksanakan