Jabatan Mufti Selangor telah bersama-sama terlibat di dalam penganjuran program Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Petaling pada 10 – 11 September 2015 bertempat di Masjid Kampung Kubu Gajah, Sungai Buluh Selangor. Antara aktiviti yang yang diadakan adalah Tazkirah khas sempena Program 3K yang disampaikan oleh Ketua Penolong Mufti Tn Hj Mat Jais Bin Kamos dan khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Daruddin Bin Haji Taib.
Selain itu, program Jom Teropong Angkasa juga telah diadakan bagi memberi peluang masyarakat Kampung Kubu Gajah mleihat objek Matahari secara dekat dengan meggunakan teleskop.
Sempena Program 3K pada kali ini juga, YB Exco Dato Ahmad Yunus Bin Hairi sempat meluangkan masa melakukan penentuan dan pengesahan arah kiblat Surau Nurul Huda.
Sempena Program 3K pada kali ini juga, YB Exco Dato Ahmad Yunus Bin Hairi sempat meluangkan masa melakukan penentuan dan pengesahan arah kiblat Surau Nurul Huda.
Jabatan Mufti Selangor mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat di dalam penganjuran Program Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Petaling pada kali ini.