A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor di Masjid al-Mustakim. (2)

Oleh : Azezul Azery bin Zul Azmi

BANDAR SERI PUTRA, 12 JUN 2015, Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor kali ke-6 bagi tahun 2015 telah berlangsung di Masjid al-Mustakim. Program tersebut yang bertujuan bagi memberi penjelasan dan penerangan berkaitan fatwa kepada masyarakat setempat. Disamping memberi peluang masyarakat beramah mesra bersama Jabatan Mufti.

Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Masjid al-Mustakim yang mengalu-alukan kehadiran kami dalam menjayakan program ini.

Program dimulakan dengan sesi tazkirah oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Mat Jais bin Kamos merangkap Ketua Penolong Mufti seawal jam 1.00 petang. Tazkirah yang disampaikan berkisar dari aspek syariah, akhlak dan akidah termasuk isu-isu ajaran sesat.

Disamping itu, masyarakat setempat berpeluang untuk mengira tarikh lahir Islam yang disediakan di ‘booth’ Jabatan Mufti Negeri Selangor sepanjang program ini diadakan. Selain itu, turut diedar bahan terbitan seperti buku, pamplet, risalah dan pelbagai lagi terbitan berkenaan fatwa yang diedarkan secara percuma kepada para pengunjung.

Bacaan khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz Aminurrasyid bin Sardine, dari Jabatan Mufti Selangor yang disediakan oleh Unit Khutbah JAIS.

Setelah selesai solat Jumaat, telah diadakan sesi dialog mesra diantara ahli qariah bersama Jabatan Mufti Selangor.

Sesungguhnya program ini telah banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mengetahui secara langsung serta beramah mesra bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata

 

1     2

 

3   4

5    6