Program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor bertempat di Masjid Nurul Jannah, Jalan Jabbar Meru Klang Pada 30 Januari 2015 telah diadakan Program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor bertempat di Masjid Nurul Jannah, Jalan Jabbar Meru Klang.Antara pengisian program tersebut ialah : 1. Tazkirah jumaat oleh Ketua Penolong Mufti Ustaz Mat Jais b. Kamos 2. Khutbah Jumaat bertajuk "ICT & Dakwah" 3. Sesi joal jawab agama, dan antara isu yang dibincangkan ialah : a- Mengaji sebelum subuh adakah dibenarkan b- Rotan dalam mendidik anak c- Hukum pelaburan ASB d- Tanah wakaf e- Program bersifat hiburan f- Wahabi & hukum faedah pinjaman perbankan Selain itu, pihak jabatan juga membuat edaran percuma bagi bahan-bahan terbitan, seperti buku, pamphlet dan poster terkini Fatwa Selangor.