A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Program Dialog Fatwa Perdana 2014 Jabatan Mufti Negeri Selangor

Oleh : Azezul Azery bin Zul Azmi

df1

SHAH ALAM, 18 September 2014, Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan cemerlangnya melaksanakan Program Fatwa Perdana 2014 dengan penampilan Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, S.S. Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid selaku pembentang kertas kerja pertama yang bertajuk Fatwa Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama.

df2

 

df3

Program tersebut bertujuan menterjemahkan Pelan Strategik Jabatan Mufti Selangor (2010-2014) yang telah dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Oktober 2010, telah menggariskan Teras Strategik Kedua iaitu “Pengukuhan Profesionalisme Institusi Mufti Melalui Bidang Kefatwaan”. Antara strategi untuk merealisasikan teras tersebut ialah Mempertingkat Pematuhan Fatwa Dikalangan Umat Islam dengan mengadakan program pendidikan dan sesi penerangan kepada pelbagai lapisan masyarakat terhadap sesuatu fatwa.

df4

 

df5

Program bermula dengan pembentangan kertas kerja pertama pada jam 9.00 dan disusuli dengan pembentangan kertas kerja kedua yang bertajuk Fatwa Berkaitan Ajaran Syiah Di Negeri Selangor oleh Yg. Bahagia Prof. Madya Dato’ Hj. Mohd Mokhtar bin Shafii merangkap Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

df6

 

df7

Penglibatan peserta Dialog Fatwa Perdana 2014 kali ini terbuka di kalangan lapisan masyarakat dari kalangan penjawat awam, pemegang tauliah mengajar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), guru-guru, pekerja-pekerja swasta, wakil-wakil masjid, para pelajar dan suri rumah bagi memperolehi maklumat secara terus berkaitan fatwa-fatwa.

df8

Program dirasmikan dengan jayanya oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),  Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa sebelum berakhir pada jam 1.00 petang.

df9

Sesungguhnya program ini telah banyak memberi manfaat kepada para peserta dan pesakit untuk mengetahui secara langsung berkaitan fatwa serta beramah mesra bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor.

df10

Tahniah dan syabas kepada mereka yang terlibat menjayakan program ini. Bertemu lagi pada tahun depan. Dialog Fatwa Perdana 2015 !