26 Mei 2023 , Sungai Limau- Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menganjurkan program Malam Penerokaan Angkasa di Masjid Hashimiah, Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam pada 26 Mei 2023 bersamaan 6 Zulqa'dah 1444H. Program bermula selepas solat Maghrib dengan perkongsian ilmu falak bertajuk Ibrah Dari Angkasa yang disampaikan oleh Y.Bhg. En. Shahrin bin Ahmad, AJK Falak Negeri Selangor.
Turut diadakan pameran peralatan falak, edaran bahan-bahan terbitan Jabatam Mufti Negeri Selangor, kaunter transfornasi tarikh dan kaunter tatacara menentukan arah kiblat. Para jamaah juga berpeluang melihat bulan dan planet zuhrah secara lebih dekat melalui teleskop yang disediakan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran Masjid Hashimiah, Sungai Limau kerana sedia bekerjasama dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam penganjuran program pada kali ini.