A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Penentuan Dan Pengesahan Arah Kiblat Cadangan Pembinaan Masjid Lembah Subang 2

19 April 2023, Petaling – Jabatan Mufti Negeri Selangor telah membuat pengukuran dan pengesahan arah kiblat di tapak cadangan pembinaan Masjid Lembah Subang 2 pada hari Rabu, 28 Ramadhan 1444H bersamaan 19 April 2023. Penentuan awal telah dilakukan oleh juruukur berlesen yang telah dilantik oleh pihak kontraktor. Manakala pengesahan arah kiblat dilakukan menggunakan kaedah cerapan Matahari dengan peralatan teodolit. Semoga pembinaan masjid ni berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusannya. Orang ramai turut boleh menyumbang ke Tabung Pembangunan Masjid Lembah Subang 2 sebagaimana poster yang dilampirkan.