A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Ceramah Nuzul Al-Quran oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor

17 April, Tanjong Karang- SS Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir telah dijemput menyampaikan tazkirah di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SAMTAK) bersempena Nuzul al-Quran. Program dimulakan dengan ucapan ringkas pengerusi majlis dan diteruskan dengan ceramah dan seterusnya sesi soal jawab bersama warga SAMTAK, pelbagai soalan diajukan daripada para guru dan pelajar sepanjang 1 jam sesi soal jawab berlangsung yang meliputi bidang akidah, ibadah dan muamalat .

Sempena program ini juga pihak SAMTAK telah menjemput Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk mengisi slot pada hari ini. Sehubungan itu Bahagian Falak telah mengadakan sesi Forum Bual Bicara Falak oleh dua orang pegawai Jabatan Mufti Negeri Selangor iaitu Al-Fadil Ustaz Hardi Bin Mohd Sadali selaku panel dan Ustaz Khairiamri Bin Ahmad selaku moderator forum.

Turut diadakan adalah pameran peralatan falak, perkhidmatan transformasi tarikh dan edaran bahan-bahan terbitan Jabatan. Acara penutup pada hari ini adalah Bengkel Praktikal Arah Kiblat kaedah Sun Compas khusus kepada ahli Kelab Falak Sekolah yang terlibat.