SHAH ALAM 7 April (Jumaat) – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM50,000.00 kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat al-Mukarramah MAIS.
Majlis simbolik penyerahan sumbangan MAIS telah disampaikan oleh YBhg. Dr Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS kepada YAD Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor.
Sumbangan yang diterima ini adalah bertujuan membantu melancarkan lagi operasi maslahah ummah, penganjuran program dan aktiviti pengimarahan Islam khususnya di negeri Selangor yang akan dilaksanakan di JMNS.
JMNS mengucapkan ribuan terima kasih dan akan memanfaatkan sumbangan ini sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak MAIS.
