A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

FENOMENA PENGHIJABAN PLANET ZUHRAH OLEH BULAN

 
24 Mac 2023, Yan Kedah - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah membuat cerapan fenomena penghijaban planet Zuhrah oleh Bulan pada 24 Mac 2023 bertempat di Pantai Murni, Yan, Kedah. Lokasi Yan, Kedah dipilih kerana berdasarkan data hitungan, Bulan dijangka akan memotong sebahagian planet Zuhrah. Berbeza di Selangor, planet Zuhrah akan melintasi bersebelahan kawasan kiri Bulan. Hasil cerapan mendapati hitungan yang dibuat dan aplikasi simulasi langit yang digunakan adalah tepat. Cerapan fenomena ini juga telah disiarkan secara langsung di FB Balai Cerap Selangor.
Bagi yang ingin melihat objek-objek samawi menggunakan teleskop dijemput hadir ke Balai Cerap Selangor dengan mengisi borang permohonan lawatan ke Balai Cerap Selangor di pautan berikut:
Firman Allah SWT dalam Surah Fussilat ayat 53:
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Maksudnya: “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
Marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk dongak ke langit melihat tanda-tanda kekuasaan Allah SWT sambil tunduk ke bumi menginsafi hakikat diri sebagai hamba yang tiada daya dan kuasa melainkan Allah SWT.