Sabak Bernam, 21 Februari 2023/ 30 Rajab 1444H - Balai Cerap Selangor telah menerima lawatan guru-guru dan para pelajar Taska Az-Zahra, Teluk Rhu, Sabak Bernam jam 10 pagi hari ini. Semua pelawat telah diberikan taklimat mengenai ilmu falak berkaitan pergerakan bulan, matahari, bintang dan planet melalui tayangan simulasi objek angkasa oleh Ustaz Ismail bin Ibrahim. Setelah itu, pelawat telah dibawa ke galeri pameran dan seterusnya telah diberikan peluang untuk mencerap matahari menggunakan cermin mata khas matahari dan teleskop matahari di kubah cerapan. Semoga lawatan ini ada manfaatnya buat semua.
Untuk makluman juga, Balai Cerap Selangor dibuka untuk program lawatan dan pendidikan secara percuma kepada semua orang. Jika berminat untuk mengadakan program lawatan dan pendidikan di Balai Cerap Selangor boleh isi borang permohonan lawatan di pautan berikut: https://efalak.muftiselangor.gov.my
Jabatan Mufti Negeri Selangor sentiasa mengalu-alukan kehadiran semua pelawat dan pengunjung ke Balai Cerap Selangor.