A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Penyampaian Sumbangan Kepada Penduduk Perkampungan Orang Asal Batu 6 Kerling

Hulu Selangor, 18 Februari 2023/ 27 Rajab 1444H - Y.A.D. Dato' Setia Dr. Hj. Anhar bin Hj. Opir, S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor telah hadir menyampaikan sumbangan kepada pendudukan perkampungan Orang Asal Batu 6, Kerling, Hulu Selangor dalam satu majlis Jalinan Kasih pada hari ini 18 Februari 2023. Program ini adalah anjuran bersama antara Kelab Kebajikan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor. Sumbangan berbentuk barang-barang keperluan adalah hasil sumbangan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) dan Yayasan Rafulin.

 

    

 

S.S. Dato' Mufti juga berpeluang memberikan sedikit ucapan dan tazkirah ringkas berkaitan peristiwa Isra' Mikraj dan kewajipan hidup bermasyarakat, menjaga perpaduan dan sikap tolong menolong serta bertolak ansur. Sempena program ini juga turut diadakan sukaneka melibatkan penduduk setempat dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

 

  

  

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang dan semua yang menjayakan program ini. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua dan diberkati oleh Allah SWT.