A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Majlis Perasmian Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni Zakat Selangor

PUCHONG, 13 Januari 2023 – S.S Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Dr. Anhar Opir telah turut serta dalam satu majlis pembukaan Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni Zakat Selangor yang ketiga di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara.

Program ini merupakan hasil kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General TakafulBerhad dalam meneruskan usaha menyantuni anak-anak miskin bandar. Majlis perasmian disempurnakan dengan upacara menandatangani plak oleh Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Dr. Anhar Opir dan Dato’ Mufti Negeri Terengganu Dr. Mohamad Sabri Haron merangkap Ahli Jawatankuasa Syariah Etiqa.