A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Lawatan Ilmiah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Ke Jabatan Mufti Negeri Selangor

SHAH ALAM, 21 Disember - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menerima kunjungan daripada 35 orang mahasiswa/wi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) Dengan Kepujian, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dengan diiringi pensyarah pengiring YBhg. Prof Madya Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairudin. Program ini adalah bertujuan memenuhi keperluan mahasiswa/wi bagi Kursus Pengurusan Fatwa Di Malaysia.
 
 
Antara pegawai Jabatan yang hadir dalam program ini adalah Ketua Penolong Mufti selaku pengerusi, Penolong Mufti Kanan Bahagian Falak dan Penolong Mufti Unit Khidmat Nasihat Bahagian Fatwa. Melalui program ini, para mahasiswa/wi didedahkan dengan maklumat tentang pengurusan kefatwaan di negeri Selangor, pengurusan falak, proses istitabah serta isu-isu hukum syarak yang berkaitan dengan perkhidmatan Jabatan.
 
Dalam masa yang sama, para mahasiswa/wi juga diberi peluang untuk untuk bersoal jawab bersama dengan pegawai Jabatan. Semoga dengan kunjungan ini akan mengukuhkan lagi jalinan ukhwah antara kedua-dua belah pihak.