A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Bengkel Sasaran Kerja Tahunan 2023

Tanjung Malim, 12 Disember - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah melaksanakan Bengkel Sasaran Kerja Tahunan dan Hala Tuju JMNS bagi tahun 2023. Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menilai segala pencapaian prestasi bagi tahun 2022. Objektif kedua adalah untuk membincangkan dan memuktamadkan aktiviti, impak kewangan serta outcome bagi tahun 2023.

  

 

Bengkel telah diadakan di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjung Malim, Perak bertarikh 12 - 14 Disember 2022. Bengkel ini melibatkan S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, S.S. Timbalan Mufti dan beberapa orang pegawai serta kakitangan JMNS.

 

  

 

Di akhir bengkel, sebelum berangkat pulang, S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti, S.S. Timbalan Mufti dan Penolong Mufti Kanan (Falak) sempat berkunjung hormat kepada Pengarah INSTUN iaitu Encik Khairin Nazry Bin Karim sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan bengkel ini.