A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kunjungan Hormat Syeikh Dr. Amjad Rasyid Muhamad Ali (Ahli Majlis Fatwa Jordan) ke Jabatan Mufti Negeri Selangor

Shah Alam, 23 September - Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) telah menerima kunjungan hormat daripada Syeikh Dr. Amjad Rasyid Muhamad Ali (Ahli Majlis Fatwa Jordan), Dekan Fakulti Syafie, Universiti Sains dan Pendidikan Islam Antarabangsa pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Raja Mahmud Zuhdi, Tingkat 8. Turut sama hadir pada sesi kunjungan ini adalah Y.A.D. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, S.S. Prof Madya Dr. Haji Miszairi Bin Haji Sitiris (Timbalan Mufti Selangor), YBhg. Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor), Ustaz Mohamad Shukry Bin Sulaiman (Ketua Penolong Mufti) dan pegawai-pegawai JMNS.

   

Syeikh Dr. Amjad Rasyid Muhamad Ali telah berkongsi berkenaan ilmu usul fiqh khususnya berkaitan kaedah mengistinbatkan sesuatu hukum syarak berdasarkan pemahaman yang tepat ke atas dalil-dalil yang ada. Beliau turut menekankan kepentingan memahami dalil secara mendalam dan mengkaji perbahasan ulama terdahulu sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa. Semoga dengan ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir serta mengukuhkan jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.