• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Pegawai Jabatan Mufti Negeri Selangor mengikuti Kursus Kefatwaan di Darul Ifta’ Mesir

Kaherah, 5 September - Empat (4) orang pegawai Jabatan Mufti Negeri Selangor terpilih untuk mengikuti kursus kefatwaan anjuran Darul Ifta Mesir bermula 5 hingga 17 September. Kursus tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Mufti Besar Republik Arab Mesir Fadhilah al-Ustaz al-Duktur Syauqi Ibrahim ‘Allam.

   

Di dalam ucapan perasmiannya beliau menyatakan bahawa beliau amat berbangga dengan hubungan erat yang terjalin antara Darul Ifta Mesir dengan Kerajaan Malaysia sejak sekian lama. Beliau juga menegaskan tentang tanggungjawab dan peranan besar yang dipikul oleh institusi kefatwaan selaku badan yang mengeluarkan fatwa. Maka oleh itu, Darul Ifta Mesir meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan dalam pengeluaran sesuatu fatwa. Beliau juga memaklumkan sejak tahun 2014 Darul Ifta Mesir serius mendepani fatwa-fatwa songsang yang mengkafirkan sesama Islam dan fahaman melampau bagi mendepani pemikiran ekstrimis yang memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

Dipenghujung ucapannya beliau mengharapkan agar kursus ini mencapai matlamat yang diharapkan dalam merealisasikan Maqasid Syariah dalam memelihara kesejahteraan rakyat. Kursus ini juga disertai oleh Mufti dan pegawai daripada beberapa jabatan mufti serta ahli-ahli akademik dari pelbagai bidang.