Kaherah, 5 September - Sesi kunjung hormat pegawai Jabatan Mufti Selangor ke atas TYT Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir YBhg. Dato' Zamani Ismail telah berlangsung di Rumah Tamu Malaysia di Mohandesin, Kaherah, Mesir. Majlis yang turut dihadiri beberapa orang Mufti dan peserta Kursus Kefatwaan di bawah pengendalian Dar Ifta Mesir ini telah berlangsung dengan sesi ramah mesra bersama YBhg. TYT Duta. Kursus Kefatwaan yang berlangsung dari 5-17 September 2022 ini melibatkan empat orang pegawai Jabatan Mufti Selangor dan beberapa orang Mufti serta pegawai-pegawai kanan pelbagai agensi lain.