A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Malaysia #QuranHour 2022

Shah Alam, 30 Ogos - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan program Malaysia #QuranHour 2022 sempena Hari Kebangsaan ke-65 bagi menyokong Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) meneruskan misi #QuranHour pada tahun ini. Program ini adalah bertujuan untuk memartabatkan al-Quran agar ianya dibaca, difahami dan diamalkan sehingga Al-Quran menjadi manual kehidupan dan melahirkan karakter seorang muslim yang sejati. Menerusi program ini, WUIF ingin mengajak seluruh masyarakat memahami intipati dan erti kemerdekaan dalam membangunkan sebuah negara "Baldatun Toyyibatun, Wa Rabbun Ghafur" (Negara Baik yang mendapat Pengampunan Allah).

   

  

 

Program ini berlangsung tepat pada jam 12:00 tengahari tadi dengan sesi bacaan Surah Al-Sajdah (Sujud) Surah ke-32, 30 Ayat, Juzuk ke-21, Makkiyah bertempat di Bilik Mesyuarat Raja Mahmud Zuhdi JMNS yang telah diketuai oleh Ustaz Mohamad Shukry Bin Sulaiman (Ketua Penolong Mufti) dan dihadiri oleh semua kakitangan JMNS. Program dimulakan dengan sesi bacaan Ikrar Quran Keluarga Malaysia Teguh Bersama, diikuti bacaan Surah Al-Sajdah dan diakhiri dengan bacaan doa.