A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Majlis Penutupan Bulan Falak Selangor 2022

Shah Alam, 29 Ogos - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menganjurkan Seminar Falak Tahun 2022 dan Majlis Penutupan Bulan Falak Selangor. Sempena seminar pada kali ini, dua kertas kerja telah dibentangkan kepada para peserta iaitu pembentangan daripada Ts. Dr. Hanafi bin Azami, Kuliyyah Kejuruteraan, UIAM bertajuk "Teknologi Terkini Dalam Penerokaan Angkasa" dan Tn Sr Muhammad Daud bin Mahdzur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bertajuk "Takwim Daripada Tanjung Chinchin Ke Pulau Perak".

  

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor yang sudi hadir menyampaikan ucapan dan merasmikan penutupan Bulan Falak Selangor Tahun 2022 bersamaan 1444H. Terima kasih juga diucapkan kepada YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, S.S. Dato’ Shahzihan bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, ahli-ahli Jawatankuasa Falak Selangor, guru-guru dan para pelajar Kelab Falak Sekolah yang hadir memeriahkan program.

  

Tahniah kepada semua pemenang pertandingan-pertandingan yang dianjurkan pada kali ini iaitu pertandingan Kuiz Falak, Da’ie Muda Falak dan Roket Air Kategori Sasaran.

  

Di antara pemenang-pemenang yang hadir di Majlis Penutupan Bulan Falak Selangor 2022.

Berikut adalah senarai pemenang bagi semua pertandingan:

Pertandingan Da’ie Muda Falak:

Johan: SAM Bestari
Naib Johan: MRSM Sungai Besar
Ketiga: SMK Seksyen 18, Shah Alam

Pertandingan Kuiz Falak:

Johan: MITS Alam Impian, Klang
Naib Johan: MRSM Sungai Besar
Ketiga: SMK Seksyen 18, Shah Alam

Pertandingan Roket Air Sasaran:

Johan: SMK Meru Klang
Naib Johan: SMK Sg Kapar Indah, Klang
Ketiga: MITS Alam Impian, Klang

Jumpa lagi pada Bulan Falak Tahun 2023!