A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti Di Masjid Seri Melati, Taman Seri Melati, Gombak

Gombak, 30 Julai - Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor telah menganjurkan Program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti bertempat di Masjid Seri Melati, Taman Seri Melati, Gombak. Program ini dengan moto “Merakyatkan Fatwa” adalah bertujuan memberikan pendedahan dan pendidikan fatwa kepada masyarakat setempat dalam masa yang sama memberikan penerangan dan penjelasan berkaitan isu-isu semasa ilmu falak.

 

  

 

Program dimulakan dengan sesi tazkirah, diikuti bacaan khutbah serta dialog 30 minit selepas solat Jumaat. Barisan ahli panel sesi dialog 30 minit diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Mat Jais bin Kamos (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor), YBhg. Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin (Penolong Mufti) yang dimoderatorkan oleh YBhg. Ustaz Khairiamri bin Ahmad. Sesi pada petang tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Ustaz Abdul Hakam bin Abdul Majid, Nazir Masjid Seri Melati.

 

      

 

Pada waktu malam program diteruskan dengan kuliah maghrib yang bertajuk “Kiblat Yang Satu” dan kuliah isyak yang bertajuk “Eksplorasi Keajaiban Alam” yang disampaikan oleh Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor. Kemuncak acara diakhiri dengan Program Teropong Angkasa yang mana memberi peluang kepada ahli kariah melihat objek-objek dilangit.

Tarikh 30 Julai 2022, program dimulakan dengan kuliah subuh yang bertajuk “Kepentingan Ilmu Falak Dalam Kehidupan” dan diakhiri dengan acara kiblat rumah ke rumah yang dikelolakan oleh Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor.

 

  

 

Semoga dengan penganjuran program ini ia memberi peluang kepada pihak Jabatan dalam memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan kepada masyarakat setempat dan dalam masa yang sama memberikan manfaat kepada golongan sasaran.