• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kunjungan Mahabbah S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor ke Jabatan Mufti Negeri Sabah

Kota Kinabalu, 21 Julai - Y.A.D. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir telah mengadakan kunjungan mahabbah ke Jabatan Mufti Negeri Sabah pagi ini dengan diiringi pegawai-pegawai kanan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Dr. Hj. Mohammad Ali Bin Abdullah, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan Dr. Mohd. Ariffin Bin Ali, Ketua Bahagian Fatwa.

 

    

 

Pertemuan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua Jabatan dengan saling bertukar pandangan tentang isu-isu berkait. S.S. Mufti Kerajaan Negeri Sabah telah menjelaskan berkenaan serba sedikit dakwah Islam yang telah dijalankan di Sabah yang mempunyai 64% penduduk beragama Islam. Turut dikongsikan juga mengenai ancaman beberapa ajaran yang telah difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah yang boleh mengancam keselamatan negara seperti Hizbut Tahrir dan Millah Abraham. Dalam pada itu, Jabatan Mufti Negeri Sabah merupakan negeri pertama yang mempunyai Enakmen Fatwa yang berdiri sendiri dalam menjelaskan fungsi, peranan dan bidangkuasa Mufti dan Institusi Fatwa.

 

               

 

Semoga dengan pertemuan ini akan mengeratkan lagi ukhuwah dan jalinan kerjasama di antara kedua-dua Jabatan dalam bidang fatwa, falak dan sumber maklumat khususnya.