A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Seminar Fatwa Peringkat Negeri Sarawak 1443H/2022M

Kuching, 19 Julai - Pada siri kunjungan ke negeri Sarawak kali ini, S.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor turut dijemput ke Seminar Fatwa Peringkat Negeri Sarawak 1443H/2022M yang dirasmikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak yang bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching.

  

 

S.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor telah dijemput bagi membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Aplikasi Al-Maslahah Al-Ammah Dalam Pemfatwaan : Antara Fatwa Jama’ie dan Pandangan Individu”. Terdapat empat (4) sesi pembentangan kertas kerja sepanjang seminar ini iaitu di antaranya; Pembentangan Kertas Kerja 1 – Fatwa Berhikmah Ummah Sejahtera yang disampaikan oleh S.S. Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak, Pembentangan Kertas Kerja 2 – Analisis Perubahan Fatwa Ketika Tempoh Penularan Wabak oleh S.S. Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, Pembentangan Kertas Kerja 3 – Aplikasi Al-Maslahah Al-Ammah Dalam Pemfatwaan : Antara Fatwa Jama’ie dan Pandangan Individu oleh S.S. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, Mufti Negeri Selangor dan Pembentangan Kertas Kerja 4 – Analisis Fatwa Kontemporari Sarawak Dalam Memacu Ummah Sejahtera oleh S.F. Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Mufti Negeri Sarawak.