A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kunjungan Mahabbah Mufti Selangor ke Jabatan Mufti Negeri Sarawak

Kuching, 18 Julai - Y.A.D. Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Mufti Negeri Sarawak pada pagi ini yang turut disertai oleh Ustaz Mohd Shukry Bin Sulaiman (Ketua Penolong Mufti) dan Ustaz Hardi Bin Mohamad Sadali (Penolong Mufti Kanan (Falak)). Kehadiran delegasi rombongan telah disambut mesra oleh S.S. Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin, Mufti Sarawak dengan diiringi pegawai-pegawai kanan Jabatan Mufti Negeri Sarawak.

 

  

 

Pertemuan ini adalah bertujuan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua agensi dengan saling bertukar pandangan berkenaan isu-isu berkait. Antara intipati perbincangan adalah mengenai peranan dan fungsi Jabatan Mufti Negeri Sarawak yang bakal berkembang dengan Pusat Astronomi Borneo yang bakal dibina. S.S. Mufti Sarawak turut berkongsi perkembangan di Bahagian Falak yang kini telah mempunyai dua (2) pusat falak iaitu di Miri dan Bintulu. Perbincangan berkenaan perkembangan fatwa di negeri Sarawak turut dikongsikan semasa kunjungan ini di mana ianya sedikit berbeza berbanding negeri-negeri lain berdasarkan populasi masyarakat Islam yang ada dan banyak isu yang perlu diambil perhatian sebelum pewartaan fatwa terutama yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama.

 

  

Semoga dengan lawatan ini akan mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua Jabatan terutama dalam bidang fatwa, falak dan sumber maklumat khususnya.