A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kunjungan Hormat Mufti Selangor ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi

Bangi, 3 Jun – Y.A.D. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi pada pagi ini yang turut disertai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Miszairi Bin Sitiris (S.S. Timbalan Mufti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan seramai tiga (3) orang. Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh Pengarah Kanan ILIM iaitu Ustaz Aminudin Bin Mohamad, Ustazah Adawiah Binti Lias (Timbalan Pengarah), Ustaz Mohd Sukri Bin Abd Ghani (Ketua Penolong Pengarah), Ustaz Azhar Bin Tuarno (Penolong Pengarah Kanan) dan Tuan Mohd Shahril Bin Muhamad Azmi (Pendaftar).

    

Pertemuan ini adalah bertujuan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua agensi dengan saling bertukar pandangan berkenaan isu-isu berkait. Antara intipati perbincangan adalah berkenaan kerjasama slot hebahan fatwa dalam kursus-kursus yang dianjurkan oleh ILIM, kerjasama dalam mengendalikan kursus dan program Falak dan juga berkongsi modul-modul kursus yang bersesuaian untuk dilaksanakan di Jabatan Mufti Negeri Selangor. Semoga dengan lawatan ini akan mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua Jabatan terutama dalam bidang fatwa, falak dan sumber maklumat khususnya.