Shah Alam, 13 April - Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) KUIS telah mengadakan kunjungan Muhibah ke Jabatan Mufti Negeri Selangor. Seramai 4 orang pegawai INHAD hadir dalam kunjungan tersebut iaitu Dr. Khairatul Akmar bin Ab. Latif (Ketua Unit Akidah), Dr. Mohd Khafidz bin Soroni (Ketua Unit Hadis), Ustaz Muhammad Faiz Mukmin bin Abdul Mutalib (Ketua Program SUPI) dan Ustaz Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad (Koordinator INHAD). Rombongan INHAD disantuni oleh YAD Dato' Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, SS Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor.
Antara objektif kunjungan adalah untuk menjalinkan kerjasama bersinergi berkaitan program-program yang boleh dilaksanakan antara INHAD dan JMNS, disamping bertukar-tukar pandangan tetang persoalan semasa isu-isu umat Islam dan penjelasan-penjelasan hukum hakam dan fatwa terkini. Semoga dengan kunjungan ini akan dapat memberi nilai tambah yang baik dalam pelaksanaan program dan penjelasan-penjelasan berkaitan hukum syara'.