Shah Alam, 31 Mac - Seramai 5 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Mufti Negeri Selangor. Rombongan BKASM diketuai oleh Yang Dipertuanya iaitu Saudara Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan. Jabatan Mufti Negeri Selangor di wakili oleh SS Prof Madya Hj Miszairi bin Sitiris, Timbalan Mufti Selangor dan Ustaz Khairul Jahrin bin Haji Nasri, Pegawai Perhubungan Awam JMNS.
Antara objektif kunjungan adalah untuk menjalinkan kerjasama bersinergi berkaitan program-program yang boleh dilaksanakan antara BKASM dan JMNS terutama yang berkaitan dengan program peningkatan ilmu, kajian-kajian hukum dan program-program peningkatan tarbiah. Semoga dengan kunjungan ini akan dapat memberi nilai tambah yang baik bagi peningkatan kualiti ilmu dan pengurusan dalam organisasi Islam.