A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kunjungan Hormat Mufti Selangor ke Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

Georgetown, 17 Mac - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertempat di Bangunan Komtar diketuai oleh Y.A.D. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan turut disertai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Miszairi Bin Sitiris (S.S. Timbalan Mufti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan seramai lima (5) orang. Kehadiran delegasi rombongan telah disambut mesra oleh S.S. Dato’ Seri Dr. Wan Salim Bin Wan Mohd Noor, Mufti Negeri Pulau Pinang, Ustaz Roslan Bin Esa, Ketua Penolong Mufti, serta pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

   

Pertemuan ini adalah bertujuan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua agensi dengan saling bertukar pandangan berkenaan isu-isu berkait. Antara intipati perbincangan adalah berkenaan isu perjawatan dan kewangan, cabaran Mufti di kedua-dua negeri, perbincangan tentang pengkajian fatwa dan dana zakat, peranan Mufti dan Kerajaan Negeri serta sesi tausiyah dan berkongsi pengalaman. Semoga dengan lawatan ini akan mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua Jabatan terutama dalam bidang fatwa, falak dan sumber maklumat khususnya.