A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kunjungan Hormat Mufti Selangor ke Jabatan Mufti Negeri Perlis

Kangar, 16 Mac - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Mufti Negeri Perlis bertempat di Bangunan Dato’ Mahmud Mat diketuai oleh Y.A.D. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan turut disertai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Miszairi Bin Sitiris (S.S. Timbalan Mufti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan seramai lima (5) orang. Kehadiran delegasi rombongan telah disambut mesra oleh Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Prof. Madya Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, S.F Tajul Urus Bin Abdul Halim, Timbalan Mufti Negeri Perlis, ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis serta pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

 

   

 

Pertemuan selama hampir dua jam ini adalah bertujuan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua agensi dengan saling bertukar pandangan berkenaan isu-isu berkait. Antara intipati perbincangan adalah berkenaan isu perjawatan dan kewangan, cabaran Mufti di kedua-dua negeri, perkongsian pelaksanaan program-program hebahan fatwa seperti Perkampungan Sunnah di Perlis, peranan Mufti dan Istana serta sesi tausiyah dan berkongsi pengalaman. Semoga dengan lawatan ini akan mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua Jabatan terutama dalam bidang fatwa, falak dan sumber maklumat khususnya.