A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kunjungan Hormat Mufti Selangor ke Jabatan Mufti Negeri Terengganu

Kuala Terengganu, 7 Mac - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Mufti Negeri Terengganu bertempat di Kompleks Sri Iman yang telah diketuai oleh Y.A.D. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor yang turut disertai oleh YBhg. Dr. Miszairi Bin Sitiris (S.S. Timbalan Mufti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan seramai lima (5) orang. Kehadiran delegasi rombongan telah disambut mesra oleh S.S. Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron, Mufti Negeri Terengganu, S.S. Tuan Haji Ahadi Bin Othman, Timbalan Mufti Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Mufti Negeri Terengganu. 

 

   

  

Pertemuan selama hampir dua (2) jam ini adalah bertujuan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua agensi dengan saling bertukar pandangan berkenaan isu-isu semasa. Antara intipati perbincangan adalah berkenaan cabaran Mufti di kedua-dua negeri dan perbincangan berkenaan isu perjawatan dan kewangan. Semoga dengan lawatan ini akan mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua Jabatan terutama dalam bidang fatwa, falak dan sumber maklumat khususnya.