A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kunjungan Hormat Mufti Selangor ke Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kota Bharu, 6 Mac - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Mufti Negeri Kelantan bertempat di Kompleks Islam Darul Naim yang telah diketuai oleh Y.A.D. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor yang turut disertai oleh YBhg. Dr. Miszairi Bin Sitiris (S.S. Timbalan Mufti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan seramai lima (5) orang. Kehadiran delegasi rombongan telah disambut mesra oleh Y.B. SS Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, Y.B. SF Dato' Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan dan pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Mufti Negeri Kelantan. 

 

   

 

Pertemuan selama hampir dua (2) jam ini adalah bertujuan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua agensi dengan saling bertukar pandangan berkenaan isu-isu semasa. Antara intipati perbincangan adalah berkenaan cabaran Mufti di kedua-dua negeri dan perbincangan berkenaan isu perjawatan dan kewangan. Semoga dengan lawatan ini akan mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua Jabatan terutama dalam bidang fatwa, falak dan sumber maklumat khususnya.