A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kunjungan Hormat Daripada Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Selangor, Kementerian Dalam Negeri

Shah Alam, 23 Februari - S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Selangor, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada hari ini sekitar jam 2:30 petang. Pertemuan ini turut dihadiri oleh Ustaz Mohamad Shukry Bin Sulaiman, Ketua Penolong Mufti, manakala daripada KDN telah dihadiri oleh Encik Ahmad Hilmi Said selaku Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Selangor, KDN bersama dua (2) orang pegawai KDN. 

 

  

 

Pertemuan yang berlangsung selama satu jam ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan kunjung ziarah kepada S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor. Semoga dengan pertemuan ini akan mengukuhkan lagi ukhwah di antara kedua-dua agensi.