A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Program Lawatan Strategik dan Pengimejan Astronomi Ke Balai Cerap Negara, Langkawi

Shah Alam, 28 Januari - Seramai 8 orang kakitangan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengikuti program lawatan strategik dan pengimejan astronomi di Balai Cerap Negara, Langkawi pada 26 – 28 Januari 2022 yang lalu. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kakitangan bahagian dalam bidang cerapan terutamanya dalam penggunaan teleskop dan kamera. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama di antara bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan Balai Cerap Negara Langkawi dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

   

Antara pengisian program sepanjang 3 hari di Balai Cerap Negara adalah :

a) Pengenalan instrumen cerapan
b) Cerapan matahari
c) Astrofotografi
d) Perbincangan mengenai program/aktiviti pendidikan & penyelidikan yang dijalankan
e) Pemprosesan imej-imej astrofotografi

 

       


Semoga segala ilmu yang telah dipelajari dari lawatan strategik ini dapat dipraktikkan terutamanya dalam bidang pengendalian instrumen bagi mencerap anak bulan serta penyelidikan objek angkasa di Balai Cerap Selangor. Semoga banyak lagi program pendidikan dan penyelidikan secara bersama dapat dijalankan dengan Balai Cerap Negara, Langkawi di masa akan datang.