A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Taklimat Program 2022 Bersama Guru Penyelaras Kelab Falak Sekolah

Shah Alam, 8 Februari - Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menganjurkan bengkel taklimat bersama guru-guru Kelab Falak Sekolah Negeri Selangor secara dalam talian. Pada bengkel ini, pihak penganjur telah membentangkan program-program yang akan diadakan di peringkat sekolah bagi tahun 2022 termasuk cadangan untuk mengadakan pertandingan berkaitan ilmu falak.

   

 

 

Antara cadangan program falak bagi tahun 2022 adalah seperti Sambutan Bulan Falak Peringkat Sekolah, Minggu KoFalak (5 siri), Ijtimak Kelab Falak Sekolah, Olimpiad Falak, Cerapan Gerhana Bulan Penuh, Pertandingan Video Review, Pertandingan Membina Model Falak dan juga Pertandingan Lagu Nasyid / Kalam Jama'i. Semoga dengan program-program yang diatur dapat dilaksanakan dengan lancar dan dapat menarik ramai lagi pencinta ilmu falak dari kalangan generasi muda.