A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Bicara Ilmu Falak

Shah Alam, 25 Januari - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan Bicara Ilmu Falak bertajuk: "Ilmu Falak - Jangan Keliru" jam 9.00 malam secara langsung di Facebook Jabatan Mufti Negeri Selangor. Bicara Ilmu Falak ini telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Irfan Bin Ikmal Hisham, pensyarah di Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Pahang. Beliau telah mengupas mengenai isu-isu falak yang terkini di antaranya perbezaan besar antara astronomi Islam dan ilmu tanji, kaji bintang, kekeliruan berhubung waktu solat, astrologi, zodiak & isu-isu falak yang terkini. Program ini boleh dilihat pada pautan berikut:

Facebook : https://www.facebook.com/JabatanMuftiSelangor/live_videos/
Youtube : https://youtube.com/c/JABATANMUFTINEGERISELANGOR