A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Program Memohon Kesejahteraan dan Keberkatan Allah SWT di Ambang Tahun 2022

Shah Alam, 31 Disember - Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor telah melaksanakan program Memohon Kesejahteraan dan Keberkatan Allah SWT di Ambang Tahun 2022. Program ini turut dihadiri oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, pimpinan-pimpinan Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan, wakil-wakil dari masjid dan surau dan orang ramai.

 

   

 

Antara pengisian program ini adalah Solat Maghrib berjemaah, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Awwabin, Solat Sunat Hajat, Bacaan Yassin, Munajat dan Doa Khas yang telah dipimpin oleh YAD Dato' Dr Haji Anhar bin Haji Opir, SS Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor. Program ini diakhiri dengan Solat Isyak Berjemaah.

 

Program turut dipancarkan secara live melalui saluran FB SelangorTV.