A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Malam Penerokaan Angkasa di Masjid Bandar Baru Selayang

Selayang, 17 Disember - Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Bandar Baru Selayang telah menganjurkan program Malam Penerokaa Angkasa pada hari Jumaat, 17 Disember 2021 bersamaan 13 Jumadal Ula 1443H. Program dimulai dengan kuliah maghrib oleh Penolong Mufti Kanan (Falak), Ustaz Hardi bin Mohamad Sadali bertajuk Ilmu Falak: Ibrah Buat Umat.

    

 

Turut diadakan adalah edaran bahan-bahan terbitan berkaitan ilmu falak, pameran peralatan falak, kaunter tarikh masihi-hijri dan penerangan kaedah mendapatkan arah kiblat. Cerapan objek langit tidak dapat dibuat kerana cuaca hujan dab berawan tebal.