A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Program Ceramah Integriti

Shah Alam, 17 Disember - Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui Unit Integriti telah menganjurkan program Ceramah Integriti Siri 2: Etika Profesional Kakitangan Awam pada hari ini yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, YBhg. Dr. Sakduddin Bin Zamli, Timbalan Ketua Kluster, Kluster Pembangunan Profesional & Etika, INTAN. Program ini telah dihadiri kira-kira 25 orang pegawai dan kakitangan yang berlangsung selama 2 jam. Antara perkara yang dibincangkan semasa program adalah berkaitan punca-punca yang menyebabkan jenayah rasuah berlaku, amalan-amalan yang menjurus kepada penerimaan rasuah dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah-pesalah terutamanya penjawat awam.

   

                    Antara para peserta yang mengikuti program ini.                                                                Penyampaian cenderamata daripada S.S. Timbalan Mufti kepada penceramah jemputan.

 

Melalui program ini juga para peserta diberikan tugasan berkumpulan untuk membincangkan tindakan penyelesaian kepada kes-kes yang boleh terjadinya rasuah, tidak berintegriti dan salahguna kuasa.

 

   

                                                                     Para peserta sedang menyediakan kertas pembentangan berdasarkan kes-kes sebenar.