A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kunjungan Hormat ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Putrajaya, 30 November - Kumpulan delegasi Jabatan Mufti Negeri Selangor yang diketuai oleh Y.A.D. Dato' Dr. Anhar Bin Haji Opir, Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor bersama-sama Sahibus Samahah Prof. Madya. Dr. Miszairi Bin Sitiris, Timbalan Mufti Selangor dan beberapa orang pegawai kanan Jabatan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Putrajaya. Dalam kunjungan hormat ini, pihak delegasi telah bertemu dengan Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan antara lain ingin membincangkan perancangan jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak dalam menangani isu-isu semasa yang menyentuh hal ehwal Islam dan juga keputusan-keputusan fatwa yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat Islam amnya.

Sesi pertemuan di antara Y.A.D. Dato' Dr. Anhar Bin Haji Opir dengan Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah yang turut diiringi oleh Sahibus Samahah Prof. Madya. Dr. Miszairi Bin Sitiris, Timbalan Mufti Selangor

 

Ini merupakan siri pertama lawatan kunjungan hormat ke Jabatan-jabatan Mufti Negeri di seluruh Malaysia dalam usaha mengukuhkan ukhuwah dan kerjasama dalam apa jua bidang tugasan yang dilaksanakan di peringkat Jabatan. Semoga dengan lawatan kunjung hormat ini akan memberi manfaat dan impak positif dalam meningkatkan martabat Islam di era moden ini.

Diskusi bersama Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah