• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti 2021

Kuala Kubu Bharu, 16 Oktober - Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama pihak pengurusan Masjid Jamek ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor telah bersama-sama dalam penganjuran program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Program kali ini melibatkan beberapa aktiviti antaranya khutbah dan Sesi Dialog Hukum Syarak bersama Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, kuliah maghrib bersama Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor, Malam Penerokaan Angkasa dan Bengkel Kiblat Jitu.

   

  Tazkirah Jumaat oleh Ketua Penolong Mufti, Ustaz Mohamad Shukry b Sulaiman          Sesi Dialog Hukum Syarak bersama S.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor

   

Kuliah Maghrib oleh Prof. Madya Dr. Miszairi b Sitiris, S.S. Timbalan Mufti Selangor       Kuliah Subuh oleh Ustaz Khairiamri bin Ahmad, Penolong Mufti Kanan (Buhuth)

 

Selain itu, satu perlawanan persahabatan bola sepak juga telah diadakan melibatkan pasukan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Kelab Veteran Kuala Kubu Bharu. Pada program ini juga, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menziarahi beberapa rumah di komuniti perkampungan Orang Asli bagi menyampaikan sumbangan dan turut membuat penandaan arah kiblat di rumah-rumah tersebut.

 

   

              Program Malam Jom Teropong Angkasa                                                                                       Perlawanan Persahabatan Bola Sepak

 

    

                       Program Kiblat Jitu                                                       Sumbangan kepada komuniti Perkampungan Orang Asli dan Pengesahan Arah Kiblat Surau

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan terima kasih juga kepada semua penduduk qaryah Masjid Jamek ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu. Semoga dengan penganjuran program ini dapat menguatkan lagi ukhwah dan memberikan manfaat melalui perkongsian sesi ilmu yang telah diadakan sepanjang program 2 hari ini.