• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Semakan Arah Kiblat di Tanah Perkuburan Islam (Baru) Nanding, Daerah Hulu Langat

Shah Alam, 7 Oktober - Pada hari ini, pasukan Kiblat Selangor telah ke Tanah Perkuburan Islam (Baru) Nanding, Daerah Hulu Langat. Pihak jawatankuasa telah bercadang untuk membuat pembesaran terhadap tanah perkuburan sedia ada. Pemantauan di lokasi mendapati pihak pengurusan telah mengikuti cadangan garis panduan tanda arah kiblat tanah perkuburan Islam yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor beserta inisiatif pihak pengurusan. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Nanding, Daerah Hulu Langat.