• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) Puan Masitah Ab Jalar PMYT

Shah Alam, 28 September - Taubat hukumnya wajib ke atas sekalian manusia samada orang-orang yang beriman kepada Allah ataupun orang-orang kafir. Orang kafir bertaubat dari kekufuran manakala bagi orang beriman taubat mereka adalah daripada kesilapan dan dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Bagi seseorang yang telah melakukan dosa, maksiat atau penyelewengan daripada ajaran Islam khususnya daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah maka taubat mereka perlulah mencukupi syarat-syarat sah taubat. Imam Nawawi telah menyebutkan syarat-syarat taubat iaitu hendaklah seseorang itu mencabut kemaksiatannya daripada dirinya, hendaklah ia menyesal terhadap maksiat yang dilakukan dan hendaklah ia berazam dengan bersungguh-sungguh bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan maksiat, dosa atau penyelewengan itu selama-lamanya. Dan para ulama juga ada menegaskan bahawa kesemua di atas perlulah dilaksanakan dengan penuh keikhlasan agar ianya diterima oleh Allah SWT. 

 

                 

Suasana ketika Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) Puan Masitah Ab Jalar PMYT di Dewan Syarahan dan Muzakarah MSSAAS

 

Demikian merupakan petikan tausiyah oleh S.S. Dato' Dr Haji Anhar bin Haji Opir, Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor di dalam Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) Puan Masitah Ab Jalar (Perjalanan Mimpi Yang Terakhir PMYT) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 27 September 2021 (Isnin). Majlis pengisytiharan taubat ini turut disaksikan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dan wakil Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mohd Ansarullah Mohd Hashim.