• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Fenomena Istiwa' A'dzam

Shah Alam, 28 Mei - Fenomena Istiwa' A'dzam yang berlaku pada 28 Mei 2021 telah memberi peluang kepada umat Islam untuk membuat semakan dan pengesahan arah kiblat. Fenomena istiwa' a'dzam merupakan fenomena di mana matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa'. Peristiwa ini akan berlaku dua kali setahun apabila nilai sudut istiwa' matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah di mana Kaabah terletak.

   

Sesi FB Live Let's Talk Falak

 

Sempena dengan fenomena ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan kuliah khas Let's Talk Falak bersama Encik Ahmad Taufan bin Abdul Rashid, perekacipta aplikasi Easy Qibla dan HilalCalc melalui platform FB Live Balai Cerap Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Kempen semak kiblat turut diadakan dengan penyertaan orang awam dengan menghantar gambar semakan kiblat yang dibuat di rumah masing-masing.

 

  

Antara gambar-gambar penyertaan semakan arah kiblat semasa fenomena istiwa' a'dzam.