• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kempen Semak Kiblat

Shah Alam, 27 Januari - Pada 25 hingga 27 Januari yang lalu, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan Kempen Jom Semak Kiblat dimana semakan kiblat dapat dibuat melalui kaedah lintasan matahari se arah kiblat, iaitu pada tarikh dan masa yang dinyatakan matahari berada pada azimut ±112 darjah. Justeru, arah bayang yang bertentangan adalah arah kiblat iaitu pada azimut ±292 darjah.

Seramai kira-kira 100 orang peserta yang telah menyertai Kempen Jom Semak Kiblat pada ketiga-tiga tarikh tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.