• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Sesi Audit Pemantauan SIRIM

Shah Alam, 5 Nov - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah memulakan langkah ke arah pensijilan MS ISO 9001:2008 pada tahun 2004 yang melibatkan pengurusan di Bahagian Fatwa, Falak, Maktabah, Khidmat Pengurusan dan Balai Cerap Selangor. Selaras dengan penarafan ke MS ISO 9001:2015, Jabatan ini telah pun diberi pengiktirafan MS ISO 9001:2015 dan telah diperbaharui pada 22 Julai 2019. Berlangsung selama dua (2) hari bermula hari ini, sesi pengauditan pemantauan oleh pihak SIRIM telah berlangsung dengan norma baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

 

Mesyuarat Pembukaan Audit berlangsung secara norma baharu bersama pihak auditor SIRIM dan semua kakitangan.

Mesyuarat Pembukaan dan audit telah diadakan secara online melalui platform video conferencing di antara auditor dan semua kakitangan di Jabatan Mufti Negeri Selangor. Di antara skop kerja yang diaudit meliputi pengurusan Bahagian Fatwa, Bahagian Maktabah, audit dalam, pelan pengurusan risiko, pengurusan aduan dan integriti serta latihan. Semoga sesi pengauditan berjalan lancar dan Jabatan berjaya mengekalkan pensijilan pada tahap yang memberangsangkan.